Gaduh baling kerusi, 6 termasuk pemerhati politik ditahan

Gaduh baling kerusi, 6 termasuk pemerhati politik ditahan

Polis berkata, punca pergaduhan dipercayai akibat rasa tidak puas hati berkaitan satu hantaran di media sosial.

Polis menahan semua suspek berumur 30 hingga 40 tahun itu di sekitar Cheras kira-kira 9 malam Ahad.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan enam lelaki, termasuk seorang pemerhati politik, disyaki terlibat pergaduhan di sebuah restoran di Taman Midah, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, semua suspek berumur 30 hingga 40 tahun itu ditahan sekitar Cheras kira-kira 9 malam Ahad.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati berkaitan satu hantaran di media sosial,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa seorang lelaki sedang makan di restoran bersama dua rakan lain kira-kira 4 pagi, sebelum enam lelaki muncul dan terus membaling kerusi ke arah mereka serta beredar.

Zam Halim berkata, semua suspek direman hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.