
Mereka ialah pemandu Proton Persona, Mohammad Syawal Mohd Sukri, 29, dan penumpang Perodua Kancil, Rokiah Kassim, 59.
Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung nahas itu yang membabitkan tujuh mangsa pada 5.20 petang tadi.
“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Syawal yang dinaiki empat mangsa lain dalam perjalanan dari Jeli menuju Sidam, Sungai Petani, manakala kenderaan dinaiki Rokiah bersama seorang lagi mangsa dari arah Kulim menghala Baling.
“Sampai di lokasi kejadian, Perodua Kancil dipandu lelaki 28 tahun yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan, sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan kanan Proton Persona,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Rokiah maut di tempat kejadian dan Syawal disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Baling, manakala tiga lagi mangsa cedera, termasuk seorang patah kaki kiri.
“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat, manakala mangsa lain turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut.”