
Datuk Bandar, Shadan Othman, berkata konflik menyebabkan pemilik berpindah dan membiarkan rumah atau harta milikan kosong menyebabkan MBMB sukar mengesan pemiliknya.
Katanya, ada pemilik akaun yang mempunyai tunggakan lebih 10 tahun.
Bagi industri pula, beliau berkata antara alasan ialah pertukaran pengarah atau perniagaan, tetapi cukai perlu dibayar selagi harta itu milik mereka.
Shadan berkata, MBMB akan mempergiatkan usaha memburu pemilik akaun dengan tunggakan hasil tinggi, khasnya di kawasan industri, susulan penubuhan Unit Tunggakan Hasil tahun ini.
“Unit Tunggakan Hasil diketuai seorang pegawai dan 20 anggota sentiasa turun padang mengenal pasti pihak terlibat, sebelum sitaan dilakukan.
“MBMB boleh mengeluarkan arahan sitaan, namun ketika ini, kami lebih menggunakan budi bicara dengan mengeluarkan notis kepada pemilik akaun yang mempunyai tunggakan,” katanya menurut Sinar Harian selepas Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBMB 2023 di Bangunan MBMB, Ayer Keroh.
Dalam pada itu, Shadan berkata kutipan cukai keseluruhan MBMB tahun ini berjumlah RM123 juta, peningkatan itu disebabkan adanya Unit Tunggakan Hasil.
“Sehingga 30 Nov lalu, RM16 juta cukai tertunggak berjaya dikutip.”