Parti liar di inap desa, 28 ditahan positif dadah

Parti liar di inap desa, 28 ditahan positif dadah

Polis berkata siasatan awal mendapati inap desa itu disewa dengan bayaran RM4,000 sehari.

Polis menahan 28 suspek, dengan 12 lelaki kebanyakan pekerja kebun durian, manakala wanita terdiri daripada warga Laos dan Thailand.
KUANTAN:
Polis menahan 12 lelaki tempatan dan 16 wanita asing selepas menyerbu parti liar di sebuah inap desa di Bentong semalam.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis menyerbu inap desa itu pada 12.05 tengah malam dan menahan semua suspek berumur 19 hingga 44 tahun.

Beliau berkata hasil saringan awal air kencing mendapati semua lelaki yang kebanyakan pekerja kebun durian, serta semua suspek wanita terdiri daripada warga Laos dan Thailand, positif dadah.

“Siasatan awal turut mendapati inap desa itu disewa dengan bayaran RM4,000 sehari,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di IPK Pahang di sini, hari ini.

Yahaya berkata semua suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Bentong hari ini mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.