Memalukan, MB Johor ulas gangguan elektrik di CIQ JB

Memalukan, MB Johor ulas gangguan elektrik di CIQ JB

Onn Hafiz Ghazi mengarahkan isu bekalan tenaga diselesaikan segera.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berang gangguan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Johor Bahru Sentral. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengkritik Tenaga Nasional Bhd (TNB) selepas berlaku gangguan bekalan elektrik di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Menerusi catatan Facebook, Onn Hafiz berkongsi notis TNB mengenai gangguan bekalan elektrik yang dijadualkan dari 8 malam tadi sehingga 4 pagi hari ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

“Pihak TNB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya.

Menerusi notis itu, kawasan lain terjejas termasuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Johor Bahru Sentral.

Bagaimanapun, berdasarkan hantaran pengguna media sosial, gangguan bekalan elektrik masih berlaku pada 9.13 pagi tadi.

FMT telah menghubungi TNB bagi mendapatkan maklum balas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.