Budak hilang sebulan ditemui selamat di rumah jiran

Budak hilang sebulan ditemui selamat di rumah jiran

Polis berkata kanak-kanak itu ditemui semalam di rumah seorang warga emas di salah satu blok di flat Desa Mentari.

Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid dilaporkan hilang sejak 26 Okt lalu sebelum ditemui selamat di rumah jirannya semalam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Kehilangan seorang budak lelaki berusia 11 tahun sejak sebulan lalu di flat Desa Mentari akhirnya terjawab apabila kanak-kanak itu ditemui selamat di rumah jirannya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid ditemui semalam di rumah seorang warga emas di salah satu blok di flat terbabit.

“Dia ditemui dalam keadaan selamat. Difahamkan kanak-kanak ini selalu keluar rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.

“Rutin kanak-kanak ini yang selalu keluar rumah menyebabkan ibu bapanya lewat membuat laporan polis iaitu pada 24 Nov lalu meskipun tidak balik ke rumah sejak 26 Okt,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, polis memohon bantuan untuk mengesan kanak-kanak terbabit yang dilaporkan hilang ketika berada di rumahnya di Desa Mentari.

Fakhrudin dalam satu kenyataan berkata, kali terakhir kanak-kanak lelaki itu dilihat berada di rumahnya pada jam 1.30 petang, 26 Okt lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.