
Anwar berkata, mendiang figura yang banyak menabur bakti kepada negara, khususnya selaku menteri kesihatan paling lama berkhidmat, iaitu selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.
Selain itu, katanya, Chua turut memainkan peranan penting sepanjang bersama PKR tatkala mengemudi pimpinan parti itu di Johor.
“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang sama turut sama berjuang untuk negara tercinta. Saya doakan urusan keluarganya dipermudah,” katanya di Facebook lewat malam tadi.
Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 4.04 petang semalam.
Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009. Dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai naib presiden.