Mayat bayi perempuan ditemui terdampar di Pantai Queensbay

Mayat bayi perempuan ditemui terdampar di Pantai Queensbay

Polis menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi malang itu pada 5.55 petang tadi.

Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, kata polis.
GEORGE TOWN:
Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu hari ini.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi malang itu dalam keadaan bogel dan sempurna pada 5.55 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan yang dijumpai itu disyaki dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di tepi pantai tersebut.

“Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pihak polis atau tampil di balai berdekatan untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.