PRK Kemaman: 60% keluar mengundi setakat 4 petang

PRK Kemaman: 60% keluar mengundi setakat 4 petang

SPR mensasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 70%.

Seramai 141,043 pengundi layak memilih pada PRK Kemaman. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 60% pengundi keluar memilih pada PRK Kemaman setakat 4 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 49 pusat mengundi dengan 244 saluran dibuka, sejak 8.00 pagi tadi.

Ia melibatkan pusat mengundi di empat kawasan Dewan Undangan Negeri bawah Parlimen berkenaan iaitu Kemasik, Kijal, Chukai, dan Air Putih, yang akan ditutup pada 6 petang.

Seramai 141,043 pengundi layak memilih pada PRK berkenaan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili PAS.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada PRU15.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 70%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.