
Pada masa ini, penyokong kerajaan di Pulau Pinang menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM500,000, manakala wakil rakyat pembangkang menerima RM60,000.
“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri dilaporkan mencapai prestasi baik, tiada sebab peruntukan Adun kerajaan tidak boleh ditambah demi memberikan manfaat yang lebih kepada rakyat,” kata Adun Air Putih itu, dipercayai merujuk laporan bahawa ekonomi Pulau Pinang tumbuh 13% tahun lepas.
Lim mengutarakan cadangan ini semasa membahaskan rang undang-undang perbekalan 2024 negeri itu.
“Tambahan, peruntukan ini wajar dan (sebagai tanda) membalas budi dan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang atas kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan perpaduan,” kata bekas ketua menteri itu.
Pada PRN Ogos lepas, kerajaan perpaduan Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang.
Lim berkata, Pulau Pinang, yang dianggap sama maju dengan Selangor, tidak sepatutnya “kalah” dari segi peruntukan pembangunan kawasan pilihan raya.
“Kalah kepada Selangor dari segi elaun dan ganjaran wakil rakyat tak apa, tetapi janganlah kalah dalam aspek peruntukan pembangunan,” katanya.