Loke sumbang RM200,000 setahun kepada 10 SJKC Terengganu

Loke sumbang RM200,000 setahun kepada 10 SJKC Terengganu

Loke Siew Fook berkata dana itu disalur menggunakan peruntukan RM1 juta disediakan untuk menteri.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata beliau mengambil keputusan menyalurkan sumbangan itu selepas menerima keluhan masyarakat Cina Terengganu. (Gambar Bernama)
CHUKAI:
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menyalurkan peruntukan RM200,000 setahun kepada 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Terengganu bagi membantu pembangunan sekolah berkenaan.

Beliau berkata, bantuan yang bermula tahun ini itu disalurkan selepas menerima keluhan masyarakat Cina di Terengganu semasa kempen PRN lalu, mengadu tidak mempunyai wakil rakyat Cina dan sukar mendapat bantuan daripada wakil rakyat tempatan.

“Jadi, mereka memohon kepada saya sebagai menteri untuk memberi bantuan jadi sebagai menteri kita ada peruntukan menteri sebanyak RM1 juta yang boleh diberikan, diagihkan, diperuntukkan kepada NGO atau sekolah di luar kawasan (Parlimen) saya.

“Jadi, saya guna peruntukan menteri itu untuk membantu sekolah-sekolah Cina di Terengganu ini,” katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan komuniti Cina.

Loke berkata, sumbangan itu adalah komitmen beliau sebagai menteri yang akan disalurkan sepanjang penggal ini bagi membantu komuniti Cina di Terengganu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.