‘Mr H’ selesai beri keterangan, Wahab diminta buat laporan

‘Mr H’ selesai beri keterangan, Wahab diminta buat laporan

Tanpa mendedahkan masa dan tempat 'Mr H' dipanggil ketua polis negara berkata individu itu hadir beri keterangan pagi tadi.

Mohammad Agus Yusoff pada sidang media bersama Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani Jumaat lalu mendakwa video perbualan mereka disunting. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis mengesahkan individu dikenali sebagai “Mr H” berkait siasatan video perbualan mirip bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff selesai diambil keterangan hari ini.

Tanpa mendedahkan masa dan tempat “Mr H” dipanggil, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata individu berkenaan hadir sejak pagi tadi.

Selain itu, beliau juga meminta Penolong Pegawai J-Kom Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu.

Razarudin berkata demikian selepas ditemui pemberita di Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Agus dengan seorang individu lain.

Agus pada sidang media di Bangi Jumaat lalu mendakwa video itu disunting dan beliau membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.