
Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri berkata, sokongan beliau terhadap Anwar hanya pada peringkat persekutuan, lapor Bernama,
“(Saya) masih menyokong kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di luar sidang DUN Kelantan di Kota Bharu hari ini.
Tambahnya, kedudukan beliau dalam DUN Kelantan juga kekal di blok kerajaan.
“Setakat ini, tiada apa-apa perubahan dari segi susunan tempat duduk. DUN pun tidak buat apa-apa keputusan lagi,” katanya.
Pada 7 Nov lepas, Mohd Azizi, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, menyatakan sokongan kepada kepimpinan perdana menteri bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela.
Selain Mohd Azizi, Ahli Parlimen pembangkang lain yang telah menyatakan sokongan terhadap perdana menteri terdiri daripada Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Suhaili Abdul Rahman (Labuan); dan Zahari Kechik (Jeli) – kesemuanya daripada Bersatu.