
Pavitar Singh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di hadapan hakim Siti Aminah Ghazali.
Pavitar dan dua yang lain, Shahrulnizam Maimun dan Asyraf Sharin, didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Jagjit Singh menggunakan pemutar skru pada 19 Okt.
Jagjit adalah anggota pasukan petugas khas yang dilantik oleh kerajaan terdahulu untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh bekas peguam negara Tommy Thomas dalam autobiografinya bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” diterbitkan Januari 2021.
Jika didapati bersalah, Pavitar berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta satu sebatan.
Aminah menetapkan ikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan 5 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula.