4 hari hujan berterusan di 4 negeri

4 hari hujan berterusan di 4 negeri

Ia membabitkan Terengganu, Kelantan, Pahang dan Sabah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu mulai hari ini hingga Isnin depan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula hari ini hingga 20 Nov.

Ia membabitkan seluruh Terengganu; daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

“Di Pahang, kawasan terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Sabah pula kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” kata MetMalaysia dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.