
KUALA LUMPUR: Polis dijadual merakam keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad di Bukit Aman pada 11 pagi ini selepas dua laporan dibuat terhadapnya.
Timbalan ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengaitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng.
Guan Eng juga sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura dengan melantik Sankara Narayanan Nair sebagai peguamnya bagi memulakan tindakan dan prosiding undang-undang.
Siti Mastura mengeluarkan kenyataan itu di Kemaman, Terengganu, dalam satu majlis pada 4 Nov lalu.