Melaka nafi campur tangan bukan Islam lantik jawatankuasa masjid

Melaka nafi campur tangan bukan Islam lantik jawatankuasa masjid

Exco Hal Ehwal Agama Rahmad Mariman berkata, pihaknya akan mengeluarkan penerangan lebih jelas agar isu ini tidak dipolitikkan.

Terdahulu dilaporkan MAIM memaklumkan, Adun kawasan bukan Islam boleh mencadangkan senarai jawatankuasa masjid atau surau dengan sokongan JPKK atau setiausaha Japerun beragama Islam. (Gambar Facebook)
MELAKA:
Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam, terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Rahmad Mariman berkata, sangat jelas terdapat kekeliruan dalam pemahaman tentang kaedah pelantikan jawatankuasa masjid dan surau di Melaka.

“Bukan Islam tidak boleh masuk campur, kerana kami (Islam) juga tidak ikut campur urusan lain-lain agama,” katanya.

“Saya juga tidak akan membenarkan perkara ini berlaku dan saya akan buat siaran (penerangan) yang lebih jelas, agar isu ini tidak dipolitikkan.

Terdahulu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui pekeliling bertarikh 25 Okt lepas memaklumkan, Adun kawasan bukan Islam boleh mencadangkan senarai jawatankuasa dengan sokongan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPKK) atau Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) beragama Islam.

Ketetapan itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 11 Okt, bagi urusan pelantikan baharu jawatankuasa masjid dan surau sesi 2024-2026.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.