
Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) berkata, berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim berulang kali menerangkan PKR bukan ahli pertubuhan itu termasuk komitmen kerajaan membantu Palestin menerusi rundingan dan menghantar bantuan kemanusiaan.
“(Perdana menteri sudah) berikan penjelasan tapi masih lagi pagi tadi minta pula penjelasan, yang timbulkan isu bahawa masih ada pihak bersama Liberal International.
“Cukuplah, sampai bila nak ‘score political point’, nak jadi perdana menteri ke,” katanya di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim turut mengingatkan pembangkang bahawa Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) juga pernah mengeluarkan kenyataan mengenai LI dalam sebuah forum pada 2015.
“Isu LI dah cukup, kalau saya nak ungkit boleh ungkitkan. Jadi jangan sebut sebelah sana, sebelah sini, Machang dan PN pun ada juga, itu takkan sudah. Sebab itu isu pokoknya tumpu gencatan senjata di Palestin dan bantu seberapa baik yang boleh,” katanya.