2 wanita, 3 lelaki ditahan curi kabel

2 wanita, 3 lelaki ditahan curi kabel

Polis berkata, ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif methamphetamine.

Polis menahan lima suspek berusia 19 hingga 37 tahun itu di sekitar daerah Jasin serta Muar dan Tangkak, Johor. (Gambar PDRM)
MELAKA:
Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin, semalam.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah berkata, semua suspek berusia 19 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar daerah Jasin serta Muar dan Tangkak, Johor

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif methamphetamine.

Katanya, tangkapan dilakukan susulan laporan polis seorang juruteknik TM pada 1.45 pagi semalam yang menerima maklumat daripada Sistem Alarm Fiber berkaitan kerosakan kabel di Sungai Rambai, Jasin.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati kabel lebih kurang 250m dipotong,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Zainol berkata, turut dirampas dua kenderaan, lapan gelung kabel telekomunikasi dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memotong kabel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.