PRK Jepak: 37% keluar mengundi setakat 1 petang

PRK Jepak: 37% keluar mengundi setakat 1 petang

DUN Jepak mempunyai 22,731 pengundi berdaftar, termasuk 43 anggota polis yang mengundi menerusi undi pos.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh (empat dari kanan) meninjau pusat pengundian PRK Jepak di SK Kampung Jepak, Bintulu hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Setakat 1 petang, peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Jepak di Sarawak pada tahap 37%, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 14 pusat mengundi dibuka sejak 7.30 pagi tadi, dengan 11 daripadanya akan ditutup pada 5.30 petang, manakala tiga lagi pada 4 petang.

DUN Jepak mempunyai 22,731 pengundi berdaftar, termasuk 43 anggota polis yang mengundi menerusi undi pos.

PRK ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru, menampilkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Aspirasi Chieng Lea Phing, dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang.

Pilihan raya diadakan berikutan kematian Adun enam penggalnya, Talib Zulpilip (GPS) pada 15 Sept lepas.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan peratusan keluar mengundi mencecah 65%, lapor Bernama.

Keputusan dijangka diumumkan pada 9 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.