
Fahmi berkata penjelasan tersebut perlu dibuat susulan terdapat dakwaan yang mengaitkan parti berkenaan dengan pertubuhan antarabangsa itu.
“Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan PKR dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.
“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, beliau menegaskan PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat di negara berkenaan.