
RUU itu diluluskan menerusi undian suara dilakukan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, menyaksikan lebih suara Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2024 berbanding tidak menyokong.
Sesi undian dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan.
Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion, iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia, dengan RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus.
Sementara itu, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar, bermula 16 Okt lalu.