
Harian Metro melaporkan Badrul Hisham Ghani, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Cenderawasih, Sungai Abong, Batu Pahat pada 2.30 petang 26 Okt lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar ke rumah tertuduh lalu memperkenalkan diri.
Namun, tertuduh tiba-tiba bertindak agresif dengan menumbuk serta mencakar leher dan kepala seorang anggota polis sebelum berlaku pergelutan.
Mahkamah menjatuhkan denda RM1,800 dan akan dipenjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda.