
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata lelaki berusia 62 tahun itu diberi jaminan pada 9 malam Jumaat di Balai Polis Pudu.
“Peguam terbabit akan dipanggil semula nanti untuk disambung rakaman percakapannya bagi membantu siasatan,” katanya menurut Berita Harian.
Dilaporkan sebelum ini bahawa empat suspek yang ditahan bagi siasatan kes pengubahan wang haram itu direman antara sehari hingga empat hari.
Empat suspek itu terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki, berusia antara 30 hingga 62 tahun, yang mempunyai kaitan dengan i-Serve. Salah seorangnya turut dilantik menjadi ahli lembaga pengarah kepada beberapa anak syarikat termasuk MYAirline.
Semua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, menurut Ramli.