3 kereta mewah remuk akibat cuai

3 kereta mewah remuk akibat cuai

Polis berkata tiga warga Singapura itu memandu Mclaren M4 dari Batu 4 ke arah Taman Seri Lambak.

Keadaan sebuah Mclaren M4 yang remuk dalam kemalangan di KM63 Jalan Yong Peng, Kluang pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiga kereta mewah remuk selepas seorang daripada pemandunya disyaki cuai dalam kemalangan di KM63 Jalan Yong Peng, Kluang kira-kira 9 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kluang, Nik Mohd Azmi Husin berkata tiga warga Singapura itu memandu Mclaren M4 dari Batu 4 ke arah Taman Seri Lambak.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta paling depan memperlahankan kenderaannya kerana mahu memasuki simpang kanan dan kereta di tengah-tengah turut membrek,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kereta paling belakang hilang kawalan dan melanggar kereta di tengah yang kemudiannya merempuh kereta di depannya.

Katanya, semua pemandu selamat dan kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.