
Naib Canselor Uniten, Noor Azuan Abu Osman, berkata usaha itu juga menunjukkan keprihatinan dan solidariti mereka dalam isu kemanusiaan rumit, termasuk menyokong pendirian kerajaan bagi memastikan “sokongan penyelesaian praktikal” dapat dicapai.
“Kami percaya bantuan kepada pelajar Palestin dalam menggapai cita-cita mereka menerusi bidang pendidikan tinggi di Malaysia antara kaedah terbaik dan rasional ke arah penemuan penyelesaian bermanfaat untuk negara mereka.
“Saya secara peribadi yakin kejayaan dalam bidang pendidikan yang akan membangun dan memerdekakan bumi Palestin kelak,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata tawaran itu merangkumi semua program pengajian di semua kampus Uniten.
“Uniten turut komited bekerjasama dengan agensi kemanusiaan dan organisasi berkaitan yang diiktiraf kerajaan dalam menyalurkan bantuan ke bumi Palestin.”