Proses tapisan keselamatan permohonan warganegara kini 14 hari

Proses tapisan keselamatan permohonan warganegara kini 14 hari

Ia susulan pelancaran Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara oleh Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.

Sebelum ini tempoh pemprosesan tapisan keselamatan permohonan kerakyatan memerlukan 73 hari kerana dokumen diterima JPN akan diserahkan kepada polis secara fizikal (bercetak). (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Tempoh pemprosesan tapisan keselamatan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata proses itu akan dijalankan lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem berkenaan yang dibangunkan JPN dengan kerjasama polis.

“Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini, penyerahan dokumen secara dalam talian,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini.

Beliau berkata, sistem itu automatik akan menolak pemohon didapati terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal melebihi masa di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.