
Jeyakumar yang juga bekas Ahli Parlimen sungai Siput berkata mereka ditahan kerana menghalang kakitangan awam selepas meletakkan penghadang jalan.
Selain Jeyakumar, tiga lain yang ditahan adalah Ahli Jawatankuasa PSM, M Karthiges; ahli Pemuda PSM Perak, P Kesavan, dan petani dikenali sebagai Ho Pon Tien.
“Kerajaan tidak berpandangan jauh. Pada masa isu keterjaminan makanan menjadi satu kebimbangan, mereka datang untuk membersihkan kawasan ladang yang berkembang maju,” kata Jeyakumar kepada FMT.
Ketika protes berkenaan hari ini, Karthiges berkata, petani diberi notis pengusiran pada 13 Oktober lalu menyatakan ladang mereka terletak di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, dan mengarahkan mereka mengosongkan tanah itu dalam tempoh seminggu.
Dalam protes itu, aktivis PSM, Chong Yee Shan didakwa ditolak pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak ketika cuba menghalang pegawai ke ladang itu dengan jentolak dan jengkaut daripada melaksanakan perintah pengusiran.
BERITA LANJUT MENYUSUL.