
Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kedua-dua suspek ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 13 tahun itu, pada Jumaat.
“Pengadu mendakwa salah seorang suspek telah memberitahu mempunyai video dirinya sedang mandi dan meminta bayaran RM50 jika mahu video tersebut.
“Pengadu mendakwa video itu disebarkan oleh seorang lagi suspek kerana ia dibuat semasa mereka berhubung menerusi panggilan video pada Mei lepas,” katanya semasa dihubungi.
Wan Mohd Zahari berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana memiliki video lucah yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.