
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan ini kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan taktik dengan mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok bagi memperdayakan orang ramai.
“Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas.
“Lembaga Tabung Haji menyarankan pendeposit dan orang ramai sentiasa berwaspada dengan tipu helah dilakukan oleh ‘scammer’,” menurut kenyataan itu.
TH memaklumkan pendeposit sentiasa diberikan peringatan dan nasihat mengenai perkara itu menerusi platform komunikasi rasmi institusi berkenaan.
Pendeposit dan orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03 62071919 untuk sebarang pertanyaan.