3 pemimpin Muslimat PAS Sungai Petani maut dalam kemalangan

3 pemimpin Muslimat PAS Sungai Petani maut dalam kemalangan

Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri perasmian Muktamar PAS Ke-69 di Shah Alam, pagi tadi.

Kemalangan maut membabitkan tiga pemimpin Muslimat PAS berlaku di Behrang, Perak. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiga perwakilan Dewan Muslimat PAS Sungai Petani maut dalam kemalangan jalan raya selepas menghadiri perasmian muktamar parti itu pagi tadi.

Mangsa maut dikenali Ketua Muslimat PAS Sungai Petani Taibah Sulaiman, Ketua Ameerah Fatihah Nabilah dan Penolong Setiausaha Muslimat Najihah Amzi.

Kemalangan dilaporkan berlaku di Behrang, Perak, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan perkara itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Moga ahli keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran atas ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.