
Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata mereka memberi kerjasama baik kepada polis ketika hadir di IPD Kota Bharu.
“Ibu bapa kanak-kanak itu hadir kira-kira 6 petang semalam dan kami sedang melakukan siasatan lanjut berhubung perkara itu,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Satu rakaman video seminit satu saat tular di media sosial sejak Selasa lalu menunjukkan seorang kanak-kanak tercampak dari sebuah kereta sebelum dilanggar dua kenderaan.
Kanak-kanak itu cuba bangun sebelum diselamatkan penunggang motosikal yang membawanya ke tepi jalan.
Kejadian itu berlaku dipercayai akibat pemandu kereta gagal memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup kemas dan tidak memastikan kanak-kanak terbabit memakai tali pinggang keledar.