Ahli Parlimen cadang kecualikan bayaran lesen, cukai jalan untuk pengguna berhemah

Ahli Parlimen cadang kecualikan bayaran lesen, cukai jalan untuk pengguna berhemah

Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mencadangkan ganjaran itu kepada pengguna tidak pernah melanggar peraturan jalan raya.

Rosol Wahid berkata ganjaran mampu melahirkan masyarakat yang mematuhi peraturan trafik.
PETALING JAYA:
Pengecualian atau diskaun 50% bayaran memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan, antara insentif dicadangkan kepada pengguna tidak pernah melanggar peraturan undang-undang jalan raya.

Mencadangkan perkara itu di Dewan Rakyat, Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata pemberian ganjaran itu akan menimbulkan kesedaran dan mewujudkan masyarakat mematuhi peraturan trafik.

“Sekiranya pengguna jalan raya lakukan kesalahan wajar dihukum, didenda atau dibawa mahkamah…saya cadang beri ganjaran kepada pengguna tak pernah lakukan kesalahan.

Rosol Wahid.

“Katalah (dalam tempoh) setahun mereka tak pernah langgar lampu merah, tidak dikenakan saman ekor, mereka perlu diberi ganjaran,” katanya membahaskan Belanjawan 2024.

Beliau mencadangkan ganjaran diberi dalam bentuk pengurangan kadar cukai jalan atau lesen.

“Mungkin bayaran lesen kurang 50%, atau tak perlu bayar, itu akan menggalakkan rakyat mematuhi undang-undang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.