Rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan

Rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan

Turut ditemukan di lokasi kejadian, bersebelahan sebuah bank, sehelai bendera Perak, sebilah pisau, serta bungkusan plastik disyaki berisi tengkorak manusia.

Rangka manusia yang ditemukan di atas bumbung di Sitiawan dihantar ke unit forensik HRPB untuk bedah siasat, menurut polis.
IPOH:
Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan sebuah bank di Sitiawan semalam.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu pada 10.20 pagi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan (pita pelekat) berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Turut ditemukan di lokasi tersebut, cebisan baju kotor kemeja putih; sarung bantal biru; bungkusan plastik merah berisi disyaki tengkorak manusia setiap satu; dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Rangka tersebut dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat, menurut Mohamed Nordin.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.