Nafi pelabuhan Malaysia jadi lokasi hantar bahan api jet Junta Myanmar

Nafi pelabuhan Malaysia jadi lokasi hantar bahan api jet Junta Myanmar

Loke Siew Fook berkata bahan api dikendalikan sebagai kargo berbahaya di pelabuhan negara ini untuk kegunaan pesawat komersial.

Loke Siew Fook berkata pelabuhan di MalaysIa melaksanakan proses saringan ketat dikawal pihak berkuasa.
PETALING JAYA:
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menafikan pelabuhan Malaysia digunakan untuk menyalurkan bahan api kepada jet pengebom milik Junta Myanmar.

Loke dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjelaskan bahan api dikendalikan sebagai kargo berbahaya di pelabuhan negara ini adalah untuk kegunaan pesawat komersial.

“Ingin dijelaskan dakwaan berhubung pelabuhan-pelabuhan Malaysia digunakan untuk memudahkan saluran bahan api jet kepada pesawat pengebom junta Myanmar adalah tidak tepat.

“Ini memandangkan terdapat pelbagai pendekatan serta usaha dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan pelabuhan terjamin daripada risiko penyeludupan,” katanya menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang).

Loke Siew Fook.

Wong meminta penjelasan kerajaan berhubung dakwaan pelabuhan-pelabuhan Malaysia digunakan untuk memudahkan penyaluran bahan api jet kepada pesawat pengebom Junta.

Loke turut menjelaskan semua pelabuhan di Malaysia juga telah mempunyai pelbagai peringkat proses saringan yang ketat di bawah kawal selia Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, kaedahnya menggunakan borang kastam untuk barangan import dan eksport, penggunaan mesin pengimbas ‘Megaport Initiaves’ untuk aktiviti penghantaran serta pemeriksaan secara fizikal.

Media antarabangsa pada Feb tahun lalu melaporkan bahan api pesawat milik Junta Myanmar dibekalkan sama ada melalui pelabuhan Singapura atau Malaysia.

Ketika itu, penghantaran bahan api jet didakwa berlaku antara pelabuhan Singapura dan Malaysia ke pelabuhan Yangon dan Thilawa, sewaktu pentadbiran Junta Myanmar sedang melakukan pengeboman di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.