
Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 1.15 padi tadi yang melihat dua mangsa terbaring di gerai berkenaan yang terletak di Taman Bercham Raya, lapor Harian Metro.
Katanya, anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian menemui dua lelaki berumur 30 dan 14 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan semua mangsa sudah meninggal dunia.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka adalah pekerja gerai itu dan dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja,” katanya.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HRPB untuk dibedah siasat dan setakat itu kes diklasifikasikan mati mengejut.