
Setiausaha Polis Alzafny Ahmad berkata timbalan Azman iaitu Mancha Anak Ata akan mengisi kekosongan itu dengan memangku pangkat ketua polis.
Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan 23 pegawai kanan polis di seluruh negara.
Turut bertukar jawatan ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Muhammad Abdul Halim yang dilantik sebagai ketua polis Perlis dan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman Ibrahim Darus pula akan dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya polis Sarawak.
“Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi yang sebelum ini merupakan komander Unit Tindak Khas Pasukan Gerakan Khas KDNKA akan menggantikan Muhammad, manakala Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Shazeli Kahar ditukar ke jawatan yang disandang Ibrahim sebelum ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sementara itu, menurutnya Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Nik Ezanee Mohd Faisal akan menggalas jawatan sebagai penolong pengarah di Cawangan Khas.
Alzafny berkata pertukaran lain membabitkan Penolong Pengarah Cawangan Khas Azman Omar yang menggantikan Nik Ezanee, manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamarulzaman Elias dilantik sebagai ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah berkuat kuasa pada tarikh sama.