
Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata ejen pekerja asing itu ditahan di Balai Polis Kampung Baru Subang pada 5.25 petang.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut terbabit aktiviti perjudian dalam talian melalui telefon bimbit.
“Antara barang rampasan adalah sebuah telefon bimbit dan wang kertas RM50 berjumlah RM7,950.
“Tangkapan ditempatkan di lokap Balai Polis Kampung Baru Subang, manakala barang rampasan diserahkan ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.