
Mohd Ridzuan Mohd Kamal, 33, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Nooriah Osman, lapor Sinar Harian.
Menurut pertuduhan, Ridzuan didakwa membakar empat nashkah al-Quran dan tiga helai sejadah yang diambil di masjid berkenaan.
Dia dakwa melakukan perbuatan itu di tepi sebuah pusat hemodialisis di Kuala Nerus kira-kira jam 10.50 pagi pada 12 Jun lalu.
Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Najmi Adila.