
Sinar Harian melaporkan Amir Nurhakim Abd Khalid, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa secara tidak jujur menyimpan harta curi, iaitu sebuah botol berisi duit syiling milik seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah kuarters perumahan di Pagoh pada 11.45 pagi 2 Okt lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu meninggalkan rumahnya di Bukit Pasir dalam keadaan berkunci pada 11 pagi 16 Sept lalu.
Keesokannya, pengadu mendapati pintu dapur rumahnya terbuka dan pemeriksaan lanjut mendapati sebuah komputer riba berwarna merah dan tabung mengandungi wang tunai RM500 hilang.
Pengadu yang mengesyaki rumahnya dipecah masuk, membuat laporan di Balai Polis Bukit Pasir dan tertuduh ditahan pada 11.45 pagi 2 Okt lalu di kuarters sama, dengan satu tabung dirampas dan pengadu mengesahkan botol berwarna merah itu miliknya.