
Seramai 16,383 pengundi berdaftar akan memilih Adun baharu mereka di sembilan pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi tadi dan akan tamat pada 6 petang ini.
Terdahulu SPR menjangkakan jumlah peratusan keluar mengundi mencapai 70%.
PRK ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
Ia diadakan susulan kematian penyandang, Johari Harun, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam pada 17 Ogos.
Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.
Pengiraan undi akan dijalankan di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.