PRK Pelangai: 21% keluar undi setakat 10 pagi

PRK Pelangai: 21% keluar undi setakat 10 pagi

Seramai 16,383 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu di sembilan pusat mengundi yang dibuka 8 pagi tadi.

Pemilih menunaikan tanggungjawab mengundi di SMK Felda Chemomoi hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Pelangai mencecah 21% setakat 10 pagi tadi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan.

Seramai 16,383 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu di sembilan pusat mengundi yang dibuka 8 pagi tadi.

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK itu diadakan susulan kematian Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Calon PN, Kasim Samat bersama isterinya Nor Atiqah Abu Bakar mengundi di SMK Felda Chemomoi. (Gambar Bernama)

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim (PN), calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.

Terdahulu, Kasim hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi pada 8.20 pagi tadi.

Dua lagi calon tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di DUN Pelangai.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi sehingga 75% ke atas berbanding 78% pada PRU15.

Pengiraan undi akan dijalankan di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, dengan keputusan rasmi PRK Pelangai dijangka diumumkan seawal 9 malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.