
Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata pasangan yang bekerja di sebuah ladang sawit di Lahad Datu itu ditahan pada 8.50 pagi ketika sedang menunggu bot dengan membawa sebuah tong.
“Ketika ditahan, didapati suspek ini tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai mahu pulang ke negara asal melalui jalan tidak diwartakan. Pemeriksaan lanjut pada tong itu menemukan beberapa helai pakaian serta sebuah kotak.
“Kotak ini juga didapati berisi empat bungkusan plastik bertulisan Guanyinwang dengan tiga daripadanya plastik berwarna hijau dan satu plastik emas, semua bungkusan itu dipercayai syabu dan untuk pasaran negara jiran,” katanya kepada pemberita.
Menurut Jasmin, pasangan suami isteri itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah serta negatif dadah dan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Katanya pihak polis kini berusaha mengesan rangkaian pengedaran dadah terbabit bagi siasatan lanjut dan orang ramai dialu-alukan untuk memberi maklumat dalam membanteras jenayah dadah.