
Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) berkata, justeru pengundi DUN Pelangai harus membantu menghantar isyarat bagi menghentikan tindakan itu dengan mengundi gabungan berkenaan dan menolak calon Barisan Nasional (BN).
“PRK Pelangai bukan perkara kecil, itu untuk ‘endors’ kerajaan Anwar, kena hentikan ini. Isyarat ini penting, ini petanda…petunjuk. PH-BN kena tegur dengan pangkah kertas undi.
“Anwar dan gerombolannya sedang buat apa yang dia lawan dulu. Dah jadi perdana menteri bahaya. Saya ulang tak boleh. Anwar kena bagi ‘full stop’. Cukuplah setakat ini hang bohong sahaja,” katanya pada pentas akhir ceramah mega PRK Pelangai di Dataran Purnama, Bentong.
Menteri besar Kedah itu mendakwa, pengundi Pelangai mampu menghentikan “kerosakan” dilakukan Anwar dan barisan pimpinan yang bersamanya.
“Gerombolan ini sedang merosakkan negara. Harapan kami kepada orang Pelangai bantulah hentikan semua ini dengan tidak berikan undi kepada calon BN esok. ‘Endorsement’ ini akan menentukan masa depan negara pada masa akan datang, kepada Pelangailah masa depan kami semua.
“Hentikan satu kebobrokan kerajaan PH dan BN di Malaysia dengan kertas undi dari Pelangai,” kata Adun Jeneri itu.
Sanusi mendakwa, kerajaan perpaduan juga tidak boleh dibiarkan mentadbir negara lebih lama kerana bakal mengundang lebih banyak bencana.
“Bala bencana kerana ada sebuah kerajaan yang sangat celaru dalam sejarah negara. Pasal itu Pelangai ini penting. Kerajaan ini tak boleh ‘diendors’ lagi…tolonglah, bantulah hentikan sokongan PH ini untuk selamatkan negara.
“Bukan kecil PRK Pelangai, walau tak berlaku perubahan tapi besar kesan kepada politik dan masa depan negara, orang Pelangai tolong jangan ambil ringan, yang tak mahu balik mengundi, balik! Dua jam setengah (perjalanan dari Kuala Lumpur) undi, kemudian patah balik (ke Kuala Lumpur),” katanya.