Jerut leher isteri tak puas hati diberi RM100

Jerut leher isteri tak puas hati diberi RM100

Polis berkata suspek juga bertindak menutup mulut mangsa sehingga tidak sedarkan diri.

Polis berkata suspek dipercayai menjerut leher dan menutup mulut isterinya selain menampar muka mangsa sebelum melarikan diri.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki direman lima hari selepas menjerut leher dan menutup mulut isterinya sehingga pengsan kerana tidak memberinya wang mencukupi, dalam kejadian di Jalan Kim Kee, Muar, malam tadi.

Dalam kejadian 12.33 tengah malam itu, lelaki berusia 33 tahun yang juga penganggur bertindak luar kawalan kerana tidak berpuas hati hanya diberikan RM100 oleh mangsa.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata bertindak atas laporan suspek berjaya diberkas dan kini direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Suspek juga bertindak menutup mulut mangsa sehingga tidak sedarkan diri. Suspek kemudian menampar muka mangsa dan melarikan diri akibat panik selepas mangsa tersedar.

“Mangsa kemudian bergegas ke balai polis untuk membuat laporan di IPD Muar,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, ujian air kencing menunjukkan suspek negatif dadah.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Menurut laporan itu, suspek dan isterinya berusia 29 tahun dalam proses penceraian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.