
Menteri Besar Amirudin Shari berkata dasar kerajaan konsisten sejak 2016, walaupun terdapat tatacara operasi standard bagi REE tanpa radioaktif (NR-REE).
“Kita belum ada minat untuk meneroka nadir bumi tapi apa-apa hal pun SOP kita kena buat kalau nak teroka, apatah lagi sekarang teroka pun tiada,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco.
Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan “sewajarnya” dan “sepatutnya” jika ada sebarang cubaan meneroka REE.
Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan kerajaan negeri dibenarkan melaksanakan penerokaan awal REE berdasarkan SOP NR-REE dan dasar mineral sedia ada.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 11 Sept lalu mengumumkan kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah REE bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber.