
Malangnya, ia juga boleh menjadi tempat kejadian tidak diingini berlaku seperti kes ragut dan pecah kereta.
Cuba bayangkan keadaan ini: Setelah anda meletakkan kereta, menguncinya dengan rapi, tetapi apabila kembali, anda mendapati kereta anda telah tercalar serta tingkap retak atau pecah disebabkan oleh percubaan pecah masuk.
Senario sedemikian boleh menyebabkan kekecewaan dan rasa tidak selamat di sebuah lapangan tempat letak kereta.
Dalam usaha menangani kebimbangan pemilik kenderaan dalam situasi sedemikian, Kumpulan Touch ‘n Go telah melancarkan ParkInsure, insurans kemalangan peribadi mampu milik dengan hanya RM5 sebulan, khusus untuk pengguna yang membuat pembayaran di tempat letak kereta menggunakan kad Touch ‘n Go.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd Alan Ni berkata kemalangan dan kejadian tidak terduga masih boleh berlaku walaupun kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga.
“Oleh itu, kami berbesar hati untuk memperkenalkan produk insurans atau takaful terbaharu kami iaitu GOprotect, yang menyediakan perlindungan insurans atau takaful kemalangan peribadi untuk pengguna kami yang menggunakan kad Touch ‘n Go untuk pembayaran di tempat letak kereta.”
“ParkInsure dilancarkan untuk perlindungan insurans dan takaful khusus kepada pengguna kad Touch ‘n Go dalam mana-mana kawasan tempat letak kereta di mana pembayaran kad Touch ‘n Go dibolehkan,” katanya dalam satu kenyataan.
ParkInsure menyediakan perlindungan kepada pemilik dan kenderaan untuk satu rangkaian kemalangan dan kejadian yang mungkin berlaku di tempat letak kereta, termasuk hilang upaya kekal atau kematian, manfaat kesulitan ragut, pecah masuk kereta secara paksa, kunci kereta hilang, kerosakkan dan banyak lagi.
Berikut adalah senarai perlindungan di bawah ParkInsure:
- Bayaran balik sehingga RM70,000 untuk kehilangan upaya kekal atau kematian akibat kemalangan di dalam kawasan tempat letak kereta.
- Manfaat kesulitan daripada kes ragut – memberikan perlindungan sehingga RM1,500 untuk kejadian ragut yang berlaku di dalam kawasan tempat letak kereta.
- Bayaran balik sehingga RM1,500 untuk ganti rugi akibat kejadian pecah masuk kereta secara kekerasan di kawasan tempat letak kereta.
- Perlindungan pembayaran balik kunci sehingga RM200 dalam kes kunci kereta dicuri atau rosak semasa tempoh perlindungan.
Pengguna boleh memilih untuk melanggani produk insurans atau takaful yang dijamin oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad atau insurans konvensional yang dijamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.
Tuntutan boleh dibuat melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau talian hotline 24/7 penyedia insurans atau takaful, manakala polisi atau sijil boleh didapati dengan mudah di tab “Polisi Saya” menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Terdapat lebih 1,350 tapak letak kereta di seluruh negara pada masa ini yang menggunakan pembayaran menerusi Touch ‘n Go, di mana perlindungan insurans atau takaful ini terpakai.
Dari 16 Sept hingga 31 Dec 2023, 5,000 pengguna baharu pertama boleh menikmati rebat 60% apabila melanggan ParkInsure. Jadi, daftarlah untuk ParkInsure di aplikasi Touch ‘n Go eWallet hari ini.
Layari https://www.touchngo.com.my/consumer/insurance/parkinsure/ untuk info lanjut.