
Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe, berkata rakan serumah mangsa yang juga warga asing berusia 45 tahun diselamatkan bomba dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun itu ialah pekerja di Pasar Besar Seremban.
“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar dan punca kematian disahkan akibat tersedut asap. Kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat atau melihat kebakaran itu menghubungi pegawai penyiasat Adi Khusaini Saripudin 012-7707282 atau IPD Seremban 06-6033222.