Polis percaya suspek bunuh 3 warga Sri Lanka masih dalam negara

Polis percaya suspek bunuh 3 warga Sri Lanka masih dalam negara

Polis berkata dua individu yang juga suami isteri warga Sri Lanka masih direman bagi membantu siasatan kes itu.

Allaudeen Abdul Majid menunjukkan gambar dua suspek utama pembunuhan tiga lelaki di Sentul Jumaat lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis giat memburu dua suspek utama masih dalam negara yang disyaki terbabit kes pembunuhan tiga warga Sri Lanka di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata dua individu yang juga suami isteri warga Sri Lanka masih direman bagi membantu siasatan kes itu.

“Motif kejadian belum dikenal pasti memandangkan suspek utama belum ditahan, namun kita percaya dapat menyelesaikan kes ini,” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ia tiada kaitan dengan konflik di negara asal mereka.

Polis dilaporkan menemui tiga mayat lelaki Sri Lanka dalam keadaan bertindan, kaki dan tangan diikat dengan kepala ditutup plastik di bilik stor sebuah rumah sewa pada Jumaat lalu.

Satu mayat itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan kesan kelar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.