
Bekas ahli Umno Bentong itu mendakwa beliau membantah pemilihan Amizar Abu Adam sebagai calon BN bukannya pemangku ketua Umno Bentong Mohamad Zaini Salleh.
“Saya tidak pernah terfikir hendak sampai ke tahap ini (bertanding), tapi sedih dan sebak, saya bersama Umno sejak 2008, tapi Umno tidak angkat suara anak Pelangai yang mahu Zaini,” katanya menurut Sinar Harian.
Terdahulu Presiden Umno Zahid Hamidi mengumumkan Haslihelmy yang merupakan ahli Umno Kampung Sum-Sum dipecat kerana bertanding bebas.
PRK Pelangai 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru di mana Haslihelmy berdepan Amizar dan Kasim Samat yang mewakili Perikatan Nasional.
Sementara itu, Haslihelmy menafikan penglibatannya dalam PRK adalah untuk memecahkan undi sebaliknya beliau menyasarkan untuk menang.
“Saya hadir pada hari ini saya yakin dan Insya-Allah saya akan menang,” ujarnya yang menggunakan logo kereta.